Friday 23 December 2011

taklimat persediaan persekolahan 2012

Diadakan hari ini, 23 Disember 2012 di Sekolah Tinggi Muar.
Semua pengetua/guru besar sekolah daerah Muar/Ledang dikehendaki hadir.

Thursday 1 December 2011

Taklimat Pengurusan Sesi Persekolahan tahun 2011

Semua Pengetua da Guru Besar Daerah Muar dan Ledang diwajibkan hadir mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh: 03 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Islam, Johor Bahru

Sebarang pertanyaan hendaklah merujuk kepada Tn Hj Sahabudin bin Jazuli di talian 013-3586619.
Sekian, terima kasih.

Monday 16 May 2011

berita baik

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat
16/05/2011 3:46pm
OLEH SAIFUL HAIZAN HASAM


KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.


Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Sunday 15 May 2011

Karnival Kokurikulum Akademik Daerah Muar

Majlis karnival tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 14 Mei 2011 di SK Ismail 2, Muar. 

Tuesday 10 May 2011

Selamat hari Guru

MGB Daerah Muar mengucapkan  Selamat Hari Guru!!!  kepada semua Pengetua/GB, guru-guru dan semua warga pendidik sekolah-sekolah daerah Muar/Ledang.


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Sila muat turun perutusan Menteri Pelajaran di sini dan perutusan KPPM di sini
Terima kasih 

Saturday 7 May 2011

Mesyuarat AJK MGB Muar

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari semalam bermula jam 8.00 pagi di SK Convent, Muar. Di antara perkara yang

Wednesday 4 May 2011

Mesyuarat MGB Muar kali ke 2/2011

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 April 2011, bertempat di SK Parit Bakar Tengah, Muar. Turut hadir ialah Tuan Hj. Ahmad Bin Othman, Pegawai Pelajaran Daerah Muar.

kelas maya

SISTEM pengajaran  secara maya  diperkenalkan  di tiga sekolah rendah  di Terengganu. Menteri Besar Datuk  Seri Ahmad Said berkata  sebagai permulaan  tiga kelas di Sekolah  Kebangsaan Paya Bunga,  Sekolah Kompleks  Seberang Takir  di Kuala Terengganu, dan  Sekolah Teluk Kalong  di Kemaman dipilih  untuk melaksanakan  projek perintis itu.

Monday 2 May 2011

edit blog

Selamat Hari Pekerja!!!


bersempena dengan cuti hari pekerja, aku ambil kesempatan untuk mengedit blog ini serta mengubah 'template'nya. kepada rakan2 gb, silalah beri komen ke arah penambahbaikan blog ini. sila kemukakan komen anda sama ada dalam ruang 'comments' atau emailkan terus ke alamat email; mgbmuar@yahoo.com.


terima kasih

Friday 29 April 2011

Sukan Prasekolah Muar/Ledang

Majlis bagi kali yang ke-10 tahun 2011 itu akan diadakan pada hari Khamis 5hb Mei 2011 di Padang SK Bakri Batu 5, Muar mulai jam 8.30 pagi. Penutupan rasminya akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Saifol Bahari bin Hj Suib, Pengarah Syarikat Sayfull Malaysia Sdn Bhd.

Sambutan 100 tahun

SK Seri Menanti, Muar akan mengadakan Majlis Sambutan 100 Tahun dan Pelancaran Alumni SK Seri Menanti pada Hari Sabtu, 30 April 2011. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Encik Md Nor bin A. Ghani, Pengarah Pelajaran Johor


sila lihat gambar di sini, terima kasih

Thursday 28 April 2011

pengarah dan timbalan

Pengarah Pelajaran Johor
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
MGB Daerah Muar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan EN. MOHD NOR BIN A.GHANI sebagai Pengarah Pelajaran Johor dan perlantikan EN. MD. HASIDIN BIN HJ. ZAINI sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.

Penafian

Kerajaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, MGB Negeri Johor, MGB Daerah Muar dan penyelenggara portal tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.